SMA SAADAH ALDINIAH ALISLAMIAH
Sungai Limau Dalam,
06910 Yan, Kedah

No. Telefon : 04-7694233
Fax :047694233
Emel :smasaadah@gmail.com

MISI & VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

Menjelang 2015, SMA Saadah Al Diniah Al Islamiah sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terulung di Negeri Kedah.

MISI SEKOLAH

Berusaha mewujudkan sekolah yang berkesan dengan memberi fokus kepada:
·         Memantapkan potensi pelajar dalam bidang akademik, ko-kurikulum, sahsiah, kepimpinan dan penampilan diri.
·         Meningkatkan amalan nilai-nilai hidup yang murni berteraskan ajaran agama.
·         Membentuk pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif, bermotivasi tinggi dan berdaya saing.
·         Menghasilkan prasarana pendidikan yang sempurna dan berfungsi bagi mewujudkan budaya sekolah yang positif.
·         Membimbing pelajar ke arah menjadi pemimpin berkualiti yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap sekolah, agama, bangsa dan negara.
·         Mewujudkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat agar proses kemasyarakatan sekolah dapat berjalan dengan berkesan.

Mutiara kata

Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.

  1. Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
  2. Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
  3. Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tauyang tu.” atau “benda ni saya dah ilmupandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.

Anda adalah orang yang sangat malang jika……

  1. �� 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…..
  2. �� 2. Anda terlewat bangun pagidan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
  3. �� 3.Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
  4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
  5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
  6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
  7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..

Anda sangat malang kerana….jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……

smart studySelamat menuntut ilmu. :)