SMA SAADAH ALDINIAH ALISLAMIAH
Sungai Limau Dalam,
06910 Yan, Kedah

No. Telefon : 04-7694233
Fax :047694233
Emel :smasaadah@gmail.com

PIAGAM PELANGGAN


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga kerja SMA Saadah Al Diniah Al Islamiah dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar serta berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
·         Menjadikan SMA Saadah Al Diniah Al Islamiah sebagai insitusi pendidikan yang terbaik berasaskan budaya Islam yang mementingkan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan budaya.
·         Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar sepanjang masa dengan lancar, berkesan dan bermutu.
·         Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
·         Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia dan terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.
·         Memastikan semua urusan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan PPD, JPN dan Kementerian serta ibu bapa dan guru-guru akan disiapkan dengan segera dan sempurna sebelum tempoh akhir tamat.
·         Semua ibu bapa atau penjaga dan tetamu sekolah akan diberikan layanan berbudi bahasa dan mesra.
·         Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, ceria dan harmoni sesuai dengan slogan sekolahku, rumahku syurgaku.

Mutiara kata

Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.

  1. Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
  2. Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
  3. Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tauyang tu.” atau “benda ni saya dah ilmupandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.

Anda adalah orang yang sangat malang jika……

  1. �� 1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…..
  2. �� 2. Anda terlewat bangun pagidan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
  3. �� 3.Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
  4. Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
  5. Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
  6. Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
  7. Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..

Anda sangat malang kerana….jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……

smart studySelamat menuntut ilmu. :)