SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan telah ditubuhkan pada tahun 1959 iaitu kira-kira 51 tahun yang lalu. Sekolah ini terletak di Pekan Sungai Limau Dalam, Yan, kira-kira 9 kilometer dari Pekan Yan dan lebih kurang 30 kilometer dari Pekan Alor Setar.
Sekolah ini telah diasaskan oleh sekumpulan pemimipin masyarakat yang menyedari bahawa perlunya sebuah sekolah agama didirikan di kawasan ini pada masa itu memandangkan ketiadaan sekolah seumpama itu bagi membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan jika ada pun agak jauh serta menghadapi masalah pengangkutan.
Pada Jun 2006, pihak sekolah telah menandatangani MOU dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui perjanjian ini, sekolah diberi bantuan penuh oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Di negeri Kedah, terdapat 14 buah Sekolah Agama Rakyat yang telah menandatangani MOU tersebut dan diberi bantuan.